Adakah anda tidak tahu apakah itu Forex?

Adakah anda tidak tahu apakah itu Forex?

Untuk mendapatkan wang dalam pasaran Forex, anda perlu membeli matawang yang ketika nilai rendah dan menjual ketika nilai tinggi, atau membuat urus niaga kaunter: menjual ketika tinggi dan membeli ketika rendah.

Sunday, October 9, 2016

Pound 31 Tahun Terendah? Mengapa?

Ramai yang bingung mengapa Pound terus dalam tekanan jualan hari ini. Walaupun data berkala PMI pembinaan mencatatkan angka peningkatan yang amat baik hari ini. Data PMI pembinaan mencatat angka 52.3 berbanding unjuran 49.1 dan data lalu 49.2. Angka atas 50 menggambarkan peningkatan yg baik.

Hari ini pasangan mata wang GBPUSD dinagakan pada paras terendah 31 tahun iaitu pada harga 1.27349 berbanding harga bukaan urusniaga semalam pada 1.29111. Terjunan lebih kurang 200 pips! 

Ada yg berpendapat , Persidangan Parti Konservatif, iaitu parti pemerintah UK minggu ini telah memberikan tekanan jualan dalam dagangan Pound. Dalam persidangan itu, sedikit sebanyak langkah-langkah menghadapi UK keluar EU telah dibincangkan. Dalam persidangan itu juga PM UK telah memberikan kata akhir bahawa UK akan mengaktifkan Artikel 50 perjanjian Lisbon selewat-lewatnya suku pertama tahun 2017.

Antara kebimbangan pemimpin-pemimpin UK adalah isu imigran dan kedaulatan UK yang banyak dibincangkan sebelum Referendum Brexit dijalankan. Terdapat juga kebimbangan Institusi Kewangan yang beroperasi di London berkenaan peningkatan kos operasi selepas Brexit. Beberapa institusi kewangan itu telah ada yang memikirkan untuk mengalihkan operasi keluar dari London.

Wallahualam..

.